Perbicaraan awal Himpunan_Anti_ISA

Pada 4 September 2009, seramai 13 penyokong Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) kekal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan pilihan iaitu cubaan mengambil bahagiadi bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman penjara enam bulan dan denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan. Kononnya mereka membekalkan enam helai baju T berlengan panjang warna merah untuk kegunaan perhimpunan itu di Jalan Kinabalu, berhampiran Masjid Negara pada 1 Ogos 2009 dan boleh dipenjarakan tiga tahun dan denda sehingga RM3,000.

Nama mereka ialah Mohamad Helmi Hassan, 31; Mohd Lokman Amad Ulawi, 22; Mohamad Fafizuddin Mohd Ghazali, 19; Saad Musa, 26; Mohd Fadzil Jan Jam, 25; Samsul Anuar Nordin, 29; Mohamad Ikhwan Ikram, 20; Kamarul Nadhir Kadini, 18; Shahrul Iman Mohamad Salleh 25; Abu U'baidah Jalaluddin, 21; Ahmad Abdul Wahab Abdul Rahman, 24; Muhammad Sholihin Mat Salleh, 19 dan seorang juvana.[9]